Tuesday 24 April 2012

tEnAgA HiDrOeLeKtRiK


Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun.  Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras.  Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hidroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak.  Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
 Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik.  Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit.  Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas.  Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik  juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara.  Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksida yang mampu mencemarkan kandungan udara dan bahan radio aktif atau bahan kimia lain yang boleh mencemarkan sungai.  Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional seperti petroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilan minyak.  Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamat digunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangun kerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun.  Hal ini membolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa.  Tenaga hidroelektrik sukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun.  Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empangan hidroelektrik.  Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara tersebut.  India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.
 Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan.  Oleh sebab itu, negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal ini bersesuaian dengan keadaan kewangan negara membangun yang masih belum begitu kukuh.  Sebaliknya, penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia.

Tuesday 10 April 2012

mengapa kurang pelajar yang melanjutkan pelajaran di STPM




BAB 1
PENGENALAN

Pendahuluan
Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke tingkatan enam sememangnya realiti. Segolongan besar dalam kalangan masyarakat kita beranggapan kelas tingkatan enam hanya membuang masa dan berisiko.  Justeru, secara langsung menjadikan tingkatan enam merupakan tempat atau pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka.

Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding tingkatan enam. Kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti” dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar.

Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan tingkatan enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA. Sebenarnya tingkatan enam telah wujud sebelum program matrikulasi, justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi, malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum dan cemerlang dari segi kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama. Secara keseluruhannya tingkatan enam sejak dahulu sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem pendidikan di negara ini.

Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk ke tingkatan enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu diraih oleh para pelajar tingkatan enam dalam sistem pendidikan. Tingkatan enam sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Pernyataan Masalah
Masalah yang ingin dikaji adalah persepsi pelajar lepasan SPM terrhadap tingkatan 6. Kebanyakan pelajar lepasan SPM memandang rendah terhadap Tingkatan 6 dan memperkecilkan individu tersebut.  Ada juga yang beranggapan bahawa tingkatan 6 membebankan. Pengkaji ingin mencari jawapannya.

Tujuan Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk
·         mengkaji faktor-faktor pelajar kurang berminat untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
·         Mengenal pasti samada faktor diri menyebabkan pelajar kurang berminat    
·         Mengenal pasti samada faktor  keluarga menyebabkan pelajar kurang berminat
·         Mengenal pasti samada faktor pergaulan rakan menyebabkan pelajar kurang berminat
·         Mengenal pasti samada faktor disiplin menyebabkan pelajar pelajar kurang berminat
·         Mengenal pasti samada faktor prasarana sekolah menyebabkan pelajar kurang berminat
  


Kepentingan Kajian

·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia  sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada Jabatan Pelajaran Perak  sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada Pejabat Pelajaran Daerah LMS sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada pihak pengursan SMK Kamunting Kementerian sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada warga pendidik sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada ibubapa sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
·         Diharapkan kajian ini akan dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam

Batasan Kajian
Dalam kajian ini, bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting telah dipilih sebagai responden penyelidikan ini. Penyelidikan ini hanya terbatas kepada bekas pelajar tingkatan 5  dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 27 orang pelajar akan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik.

Definisi Operasional

Tingkatan Enam

Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan. Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih untuk menawarkan Tingkatan Enam.

Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti kokurikulum kepada pelajar tingkatan .

Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik, Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan  aliran sains atau kemanusiaan.

Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level




BAB 2
KAJIAN LEPAS

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi.

Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Prof Madya Dr Azahari Ismail yang ditemubual Bernama di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dr Azahari berkata fenomena kekurangan pelajar lelaki di universiti adalah isu kompleks yang berpunca daripada faktor berkait, secara langung dan tidak langsung, yang perlu diteliti secara mendalam kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.

"Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur.

"Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena "bapa kelam" iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes itu, gaji bini lebih banyak. Bapa ini 'powerless and meaningless' (tak ada kuasa, tak berperanan)," katanya.

Dalam mengupas isu itu, Dr Azahari mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan.

"Pada 1974, saya telah bercakap dengan Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) yang memberitahu saya bahawa beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan professor (di Amerika) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.

"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan anti perang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan," katanya.

Beliau berkata kurikulum itu telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian.

Dr Azahari, yang juga pengarah yang merangka program siswazah menganggur di negara ini pada 1986 berkata, pada ketika itu, keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di Amerika tidak parah kerana nilai "judaeo-christian, frontier mentality dan individualism" masih kuat sekaligus mendesak lelaki untuk berusaha.

Berlainan dengan Malaysia, beliau berkata negara ini telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30-40 tahun lepas belajar di Amerika) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.

"Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu saya kata fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," katanya.

Dr Azahari berkata kajian yang beliau lakukan pada 1978/1979 menunjukkan kecenderungan budak lelaki untuk menjadi 'pondan' berasal daripada pengaruh guru dan majoriti guru di sekolah dan tadika adalah guru perempuan.

Kenyataan Dr Azhari itu disokong pensyarah komunikasi Ishak Abdul Hamid yang berkata budaya komunikasi guru perempuan yang lebih menggunakan kemahiran lisan juga mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki di peringkat sekolah.

"Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.

"Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek," katanya.

Dalam konteks itu, Dr Azahari menegaskan kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita.

"Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gelaja tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu," katanya.

Dalam konteks itu, Dr Azahari mencadangkan satu jawatankuasa kerja khas kebangsaan di peringkat kementerian dan universiti ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelasaian kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki itu.

"Ini bukan perdebatan dalam usaha untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada negara," katanya.

Selain faktor kurikulum pendidikan yang lebih kondusif kepada pelajar perempuan, Dr Azahari berkata faktor lain yang turut memainkan peranan ialah perubahan institusi keluarga kepada "keluarga nuklear" (keluarga yang hanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak).

"Sebelum ini, ada datuk dalam keluarga yang memberikan pendidikan secara tak langsung melalui cerita-cerita teladan kepada cucunya ketika ibu atau bapa tiada di rumah kerana bekerja. Dengan sendiri jati diri anak lelaki itu kuat dan mereka tidak keliru," katanya.

Beliau berkata faktor lain yang turut menyumbang kepada fenomena kepupusan itu ialah desakan ekonomi dan harapan masyarakat kepada anak lelaki yang bertanggungjawab memimpin keluarga (dengan bekerja dan mengorbankan pelajaran) sekiranya si bapa tiada atau meninggal dunia.

"Lebih parah kalau pelajar lelaki itu berasal daripada keluarga miskin. Daripada dia belajar dalam sistem yang memberikan kelebihan kepada wanita lebih baik dia bekerja untuk membantu keluarga keluarga," katanya.

Hujah Dr Azahari itu disokong pelajar dari Iran, Katrin Shamshiri, yang berkata fenomena yang sama berlaku di negaranya ekoran tiada jaminan pekerjaan selepas belajar kepada golongan lelaki.

"Wanita kami belajar kerana mahu mendapatkan pengormatan dan prestij. Ini akan membolehkan kami memilih sendiri bakal suami," kata Katrin yang sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah di UPM.

Dr Azahari berkata persekitaran masyarakat bandar terutama yang tinggal di apartmen atau rumah kos rendah yang sempit memberikan suasana pendidikan yang tidak kondusif kepada anak-anak lelaki yang mempunyai "tenaga lebih" menyebabkan mereka keluar rumah dan lepak bersama kawan-kawan.

"Ketiadaan ruang belajar khusus dan rumah yang hanya mempunyai tiga bilik menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki hilang minat untuk belajar kerana secara biologinya lelaki lebih aktif dan bertenaga daripada perempuan (perlu lebih ruang)," katanya sambil mencadangkan rumah kos rendah perlu mempunyai empat bilik -- bilik ibu bapa, anak lelaki, anak perempuan dan tetamu (datuk atau nenek).

Beliau berkata mentaliti ibu bapa sekarang juga berubah kerana pendidikan tinggi belum tentu menjamin anak mereka dapat bekerja dan ini dibuktikan dengan bilangan graduan menganggur yang tinggi setiap tahun.

Dr Azahari mencadangkan semua guru dan pensyarah mendalami ilmu sosiologi dan psikologi.

"Nilai-nilai Islam harus dijadikan tunjang falsafah pendidikan. Pemikiran di universiti juga perlu diubah bahawa pendidikan bukan sekadar untuk mendapat kerja.

"Islam tidak pernah mendefinisi kepentingan belajar untuk mendapat kerja tetapi Islam mengajar menuntut ilmu itu adalah wajib. Kita sebenarnya telah mengecilkan konsep pendidikan bahawa belajar itu untuk mendapat kerja dan menjadi kaya," katanya.




BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan

Bab ini menghuraikan kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, sampel kajian, populasi kajian, instrumen kajian, pentadbiran soal selidik, kaedah pengumpulan dan penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan suatu penyelidikan tinjauan.  Kajian ini menggunakan soal selidik yang disediakan oleh pengkaji sendiri.  Borang tersebut diedarkan kepada pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 sekolah yang terlibat dan dikumpul semula untuk pemprosesan data oleh penyelidik sendiri.

Instrumen Kajian
 Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik menggunakan borang yang mengandungi soalan berkaitan tajuk kajian. Instrumen ini dipilih kerana instrumen ini sesuai dengan kajian. Borang tesebut mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A akan menyoal berkaitan latar belakang responden kajian. Bahagian B terdiri daripada 7 soalan objektif. 

Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan  oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku penyelidik. Mengikut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) pula, soal selidik adalah salah satu kaedah yang paling popular dalam kalangan penyelidik, mudah ditakbir setelah dibina dengan baik dan juga data senang diproses untuk dianalisis.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting telah dipilih sebagai responden penyelidikan ini. Penyelidikan ini hanya terbatas kepada bekas pelajar tingkatan 5  dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Seramai 30 orang pelajar akan terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik.

Subjek Kajian

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kurangnya minat pelajar untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 30 orang bekas pelajar tingkatan  5 di Sekolah Menengah di atas. Para pelajar ini dipilih secara rawak . Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan.

Tatacara Kajian

Menurut Mohd. Majid (1993), populasi ialah satu set ciri yang menunjukkan ucapan atau ukuran yang tertentu kepada kumpulan individu atau objek. Populasi ini ditentukan dan dikaji dengan teliti supaya keputusan penyelesaian masalah yang dipilih berkesan. Populasi adalah sasaran dalam menyelesaikan masalah dan penyelididkan hendaklah melibatkan keseluruhan individu dalam populasi kajian. 

Menurut Mohamad Najib (1999), saiz sampel penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Lebih besar sampel, lebih mantap kajian kerana dapat mengurangkan kesilapan keputusan. Membesarkan saiz sampel meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan skor. 

Menurut Gay (dalam Syaharom, 1990), sekiranya jumlah populasi kurang daripada 500, maka 20 peratus sampel daripada jumlah populasi harus dimasukkan sebagai sampel. Dalam kajian ini, populasi bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting ialah 25 orang.

Pengkaji memilih bekas pelajar tingkatan 5 sekolah tersebut kerana pelajar-pelajar mampu memberi pendapat mengenai faktor-faktor pelajar kurang berminat terhadap tingkatan 6.

Penganallisisan Data Statistik

Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 30 orang responden dalam sampel kajian.






BAB 4
PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

Pendahuluan

Bab ini menunjukkan dapatan yang diperoleh melalui kajian yang dilakukan. Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau sebab-sebab pelajar tidak berminat melanjukan pelajaran di tingkatan enam.

Dapatan kajian menunjukaan pelajar tingkatan enam memerlukan pelbagai sumber rujukan bagi mata pelajaran tertentu. Skim pinjaman Buku Teks tidak ditawarkan kepada pelajar tingkatan enam.  Hal ini  membebankan pelajar yang kurang berkemampuan.  Hal ini kerana kos bagi buku rujukan adalah tinggi.  Selain itu faktor kekurangan buku rujukan di pasaran turut merupakan antara sebab pelajar kurang berminat belajar di tingkatan enam kerana pelajar tingkatan enam perlu kelengkapan bahan rujukan yang menyeluruh.

Disebabkan taraf Pra-U untuk tingkatan enam belum direalisasikan secara menyeluruh menyebabkan pelajar tingkatan enam masih ditempatkan di sekolah. Sehubungan itu pelajar tingkatan enam masih terikat dengan setiap peraturan yang ditetapkan sekolah seperti pemakaian baju seragam sekolah.  
Dapatan kajian menunjukkan faktor uniform sekolah.  Daripada sembang-sembang dengan para pelajar yang tidak begitu seronok berada di tingkatan enam menyatakan bahawa mereka "cemburu" dengan rakan-rakannya yang berada di IPTA dan IPTS tidak lagi memakai uniform sekolah. Mereka dilihat sudah jemu memakai uniform sekolah sejak 11 tahun yang lalu.  Keadaan tersebut tidak terlalu ketara kira-kira 10 tahun yang lalu kerana pada ketika itu tidak banyak IPTA dan IPTS diwujudkan untuk program-program pasca SPM.


Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak berminat belajar di tingkatan enam kerana hukuman dan tindakan disiplin tetap dikenakan bagi pelajar tingkatan enam adalah setaraf dengan pelajar menengah bawahan. Mereka turut terikat dengan peraturan sekolah.


Dapatan kajian menunjukkan faktor kurang infrastruktur juga menyebabkan tingkatan enam kurang diminati. Hal ini dapat dilihat di setiap sesebuah institusi pendididkan yang jelas menempatkan para pelajar tingkatan enam di tempatkan di tempat yang kurang selesa terutama bagi pelajar tingkatan enam rendah. Di sini berlaku ketidak seimbangan dalam memberi kemudahan kepada pelajar yang lebih junior berbanding senior.  Mereka perlu diberi pelbagai infrasturuktur yang selesa dan kondusif.  Pelajar tingkatan enam yang lebih dikenali sebagai pelajar ’PRA-U’ iaitu mereka yang akan menjejaki IPTA perlu diberi kemudahan kelas,gelangang permainan,studio,bilik mesyuarat bagi membezakan mereka dengan murid dari tingkatan lain.

Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana disaingi oleh pelajar-pelajar daripada matrikulasi yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang memberangsangkan.  Hanya segelintir sekolah sahaja ada tingkatan enam ini. Bilangan pelajar tingkatan enam juga kecil kerana kebanyakan pelajar lepasan SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran mereka di matrikulasi, kolej mahupun politeknik kerana beranggapan tingkatan Enam merupakan pilihan terakhir bagi mereka.

Dapatan kajian menunjukkan Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir (fail-save choice) oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang semakin banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam. Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.


STPM dikatakan susah. Banyak buku kena baca. Belum ada jaminan pasti lulus STPM dan akhirnya ke menara gading. Berbanding dengan di IPTA atau di IPTS. Bilangan pelajar yang gagal mendapat diploma terlalu kecil. Sesi pembelajaran secara semester tidak membebankan pelajar. Peperiksaan ditadbir secara dalaman di IPTA dan IPTS. Oleh itu para pelajar lebih tahu skop topik yang akan diuji dalam peperiksaan. Selain daripada itu kerja-kerja kursus yang dilakukan akan menyumbah sejumlah peratusan yang agak besar dalam peperiksaan akhir.

Dapatan kajian menunjukkan faktor jadual waktu yang rigid. Di tingkatan enam masih lagi mengamalkan jadual waktu yang lebih kurang sama dengan para pelajar aliran perdana (tingkatan 1 hingga 5). Beberapa aktiviti seperti R&D, kolokium, kokurikulum dilaksanakan selepas waktu p&p iaitu dari pukul 1.10 sehingga 3.30 petang. Keadaan ini berlainan di IPTA dan IPTS.  Mereka akan datang dan pergi mengikut kesesuaian masa P&P.  Selebihnya, sama ada mereka akan ke perpustakaan atau menyiapkan tugasan-tugasan di rumah atau di bilik-bilik khas.

Dapatan kajian menujukkan kekurangan bahan di pusat sumber sekolah (PSS). Walaupun mata-mata pelajaran di peringkat STPM masih relevan dengan sistem persekolahan, namun bahan rujukan bertaraf prauniversiti tidak disediakan dengan secukupnya. Bahan-bahan bacaan ilmiah (bukan nota dan bahan rujukan peperiksaan) yang menyokong p&p sangat minimum. Sedangkan semua mata pelajaran di peringkat STPM tiada sebarang buku teks.

Hal sedemikian tidak berlaku di IPTA dan IPTS. Masing-masing menjadikan pusat sumber sebagai tarikan utama para pelajar ke situ. Masing-masing menyatakan pusat sumber mereka mempunyai koleksi rujukan yang terbanyak berbanding pusat-pusat pengajian yang lain.

Peraturan yang rigid ke PSS. PSS masih mengikut prosedur biasa seperti peraturan yang dikenakan kepada para pelajar aliran perdana. Umpamanya mesti ada kebenaran guru atau bersama-sama guru sewaktu berkunjung ke PSS. Fenomena tersebut kadang-kadang menyebabkan para pelajar malas hendak ke PSS. Berada di IPTA dan IPTS, pusat sumber adalah "rakan" yang sangat akrab kepada para pelajar. Pusat sumber sebagai tempat membuat rujukan malah pelbagai aktiviti lain termasuklah perbincangan, akses internet dan konsultasi dengan pensyarah.

Dapatan kajian menunjukkan kehidupan di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan berbanding kedua-dua pilihan lain tadi. Masakan tidak, dengan kebebasan sepenuhnya, diri sendiri berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk. Segalanya bergantung kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan untuk pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated course untuk sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek tanpa pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf sekiranya CGPA tidak mencukupi.

Dapatan kajian menunjukkan dengan menyambung pengajian di IPT, kemudahan pembiayaan kini boleh diperolehi dengan mudah.  Dengan kemudahan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar boleh menyambung pengajian kepada kebanyakan kursus yang diminati dengan mudah. Hanya perlu penjamin dan tandatangan

Dapatan kajian menunjukkan kebaikan diploma dari segi pendidikan berterusan ialah kebolehupayaan pemindahan kredit (credit transfer), sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar telah tamat pengajian @ konvokesyen untuk program Diploma Sains Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program Ijazah. Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil untuk menamatkan sesuatu program pengajian.

Berbeza dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-U dijalankan di kampus-kampus IPT, sebagai contoh Pusat Asasi UiTM, Pusat Asasi UM dan sebagainya, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain program Pra-U) boleh dikatakan kurang tertekan.  Hal ini kerana, peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu (3 minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum tarikh tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.

Dibandingkan dengan program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh, berlandaskan program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada usia 18 tahun akan konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa yang sama, pelajar Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen untuk Ijazah manakala pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun pertama/kedua untuk program Ijazah.

Kajian juga menunjukkan sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program Diploma.

Program Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya.. Matrikulasi lebih umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan) dan ada juga program dua tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar  kini ialah matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, seperti yang dinyatakan diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA menawarkan program Asasi di kampus-kampus mereka.

Salah satu kelebihan besar prlejar-pelajar Pra-Universiti ialah kebolehupayaan untuk melangkau program Diploma. Hal ini demikian kerana, kebanyakan program Diploma  mengambil masa sehingga 5-6 semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3 tahun (2 semester = 1 tahun). Jadi, bayangkan dengan usia semuda 18 tahun, pelajar memasuki program Pra-Universiti dan keluar pada usia 19 tahun dan seterusnya memasuki program Ijazah. Sekiranya pelajar konvo pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun, pelajar sudah melangkah ke alam pekerjaan dengan segulung Ijazah

Dari aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM), perlu dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan tidak laku untuk pekerjaan. Pelajar
yang telah tamat program Pra-Universiti wajib menyambung pengajian ke program Ijazah dan sorry to say, sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam Pra-Universiti, pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung pengajian menggunakan kelulusan SPM.
Selain itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan pelajar-pelajar Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha untuk merebut tempat di IPT dalam peringkat Ijazah.

masukkan soalan kajian tindakan anda disini.


Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada bahagian tertentu iaitu:
           
a)      Penganalisian maklumat peribadi respoden
b)      Penganalisian pandangan dan pendirian respoden.


Penganalisaan maklumat peribadi respoden

            Untuk penganalisaan maklumat peribadi respoden, penyelidik hanya melihat kepada jantina, umur,bangsa dan tempat tinggal.

Item (Jantina pelajar)
Bilangan
Peratus(%)
Lelaki
10
33.3
Perempuan
20
66.7
Jumlah
30
100

Jadual 4.1 Taburan jantina respoden


Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 30 orang bekas pelajar SPM yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Daripada jumlah tersebut, bekas pelajar perempuan seramai 20 orang atau 66.7% manakala bekas pelajar lelaki seramai 10 orang atau 33.3%.

Item (Umur Pelajar)
Bilangan
Peratus( %)
19 tahun
21
70
20 tahun
4
13.3
21 tahun
5
16.7
Jumlah
30
100


                                    




Jadual 4.2 : Taburan umur pelajar
Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan bekas pelajar iaitu 30 orang. Hanya 21 orang pelajar adalah berumur 19 tahun manakala pelajar 20 tahun hanya 4 orang pelajar. Keadaan ini disebabkan peringkat umur boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap tingkatan 6. Pandangan dan pendirian pelajar dalam peringkat umur ini amat diperlukan untuk melakukan kajian ini.
Item ( bangsa)
Bilangan
Peratus (%)
Melayu
30
100
Cina
0
0
India
0
0
Lain-lain
0
0
Jumlah
30
100

Jadual 4.3 Taburan jenis bangsa responden
Jadual ini menunjukkan bahawa bangsa bekas pelajar SPM. Ini boleh dilihat daripada keseluruhan kajian menunjukkan daripada bangsa Melayu mempunyai 30 orang atau 100%.
Penganalisisan pandangan dan pendirian respoden.

Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina iaitu:
a)      Adakah anda sedang menuntut di IPTA?
b)      Apakah anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak sendiri?
c)      Adakah anda memilih pusat pengajian tersebut atas sebab ingin berdikari?
d)     Apakah ibubapa bekas pelajar serta masyarakat memandang negatif terhadap tingkatan 6?
e)      Adakah kerana tingkatan 6 tidak diberi kemudahan dan layanan istimewa seperti pemberian elaun setiap bulan serta pinjaman pendidikan(PTPTN) seperti yang dilakukan oleh kerajaan ke atas pelajar IPTA dan IPTS?
f)       Adakah faktor persekitaran atau mahu merubah hala tuju serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?
g)      Adakah tingkatan 6 membuang masa?



Jadual 4.4 :

No.
Item Soalan
1 (Ya)
2 (Tidak)
1
Adakah anda sedang menuntut di IPTA?
27
(90%)
3
(20%)
2
Apakah anda membuat keputusan sedemikian atas kehendak sendiri?

29
(96.7%)
1
(3.3%)
3
Adakah anda memilih pusat pengajian tersebut atas sebab ingin berdikari?
28
(93.3%)
2
(6.7%)
4
Apakah ibubapa bekas pelajar serta masyarakat memandang negatif terhadap tingkatan 6?

10
(33.3%)
20
(66.7%)
5
Adakah kerana tingkatan 6 tidak diberi kemudahan dan layanan istimewa seperti pemberian elaun setiap bulan serta pinjaman pendidikan(PTPTN) seperti yang dilakukan oleh kerajaan ke atas pelajar IPTA dan IPTS?

4
(13.3%)
26
(86.7%)
6
Adakah faktor persekitaran atau mahu merubah hala tuju serta mahu mencari pengalaman jauh daripada rumah sendiri?

29
(96.7%)
1
(3.3%)
7
 Adakah tingkatan 6 membuang masa?


5
(16.7%)
25
(83.3%)